fbpx

Rizal bakal berdepan hukuman FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada pemain skuad Harimau Malaya yang mejalani latihan pusat di bawah Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sepanjang minggu lepas.

PERTAHANAN Sabah FC, Rizal Ghazali bakal berdepan hukuman berat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika terus dengan pendiriannya menolak pelawaan menyertai skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, kes berkenaan hanya boleh dipanjangkan ke Jawatankuasa Tatatertb FAM selepas tarikh rehat antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula 21 Mac ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Rizal.

RIZAL

“Kalau macam Syahmi (Safari) saya ada terima surat daripada­nya tetapi untuk kes ini, saya hanya dimaklumkan oleh jurulatih saja. Jika sehingga tarikh itu (rehat antarabangsa FIFA) masih tidak hadir, kita akan bawa ke Jawatankuasa Tatatertib untuk sebarang tindakan yang perlu diambil.

“Sebenarnya kita boleh ambil tindakan jika dia tidak hadir latihan kebangsaan pada tarikh FIFA. Sekarang bukan lagi tarikh FIFA dan kita kena tunggu dulu,” katanya.

Tambah Mohd. Saifuddin, seseorang pemain boleh dikenakan hukuman denda RM25,000 atau digantung, namun keputusan hanya boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Terdahulu, FAM mengesahkan yang Rizal menolak pelawaan untuk menyertai skuad kebangsaan dan mengikut perancangan asal, FAM menggantikan Syahmi.

Bagaimanapun, FAM kelmarin mengumumkan pertahanan Ne­geri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee dipanggil melaporkan diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bagi menggantikan Syahmi yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

“Untuk pengecualian, kalau ada kecederaan pun, kita kena dapatkan surat daripada doktor dan doktor FA akan mengesahkan kecederaan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI