fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 6 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di enam buah negeri sehingga pukul 9 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Wilayah Persekutuan Labuan manakala beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Di Perak antara kawasan yang terjejas ialah di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang manakala bagi negeri Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron serta Lipis.

“Sementara itu di Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, cuaca tidak menentu itu turut melanda negeri Sarawak di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI