fbpx

Onn Hafiz ziarah pusara moyang, Onn Jaafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (kanan) menziarah pusara moyangnya, Datuk Onn Jaafar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, selepas dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluangkan masa menziarahi kubur moyang beliau, Datuk Onn Jaafar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Beliau turut menziarahi kubur Datuk Jaafar Muhammad yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama, yang juga merupakan ayah kepada Onn Jaafar.

Ziarah berkenaan dibuat selepas beliau selesai dilantik selaku Menteri Besar Johor ke-19 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini sebentar tadi.

Beliau melapangkan masa kira-kira 15 minit di pusara berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Mohd. Rofiki Shamsuddin dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Semalam, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menziarahi kedua-dua pusara berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI