fbpx

Elli AvrRam tidak menyesal hijrah ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLI AVRRAM

AKTRES Elli AvrRam tidak menyesal selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dari Sweden ke India 10 tahun lalu. Ketika itu, dia baru berusia 21 tahun dan keputusan tersebut dibuat semata-mata untuk mencipta nama sebagai pelakon Bollywood.

Selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Elli mengakui telah belajar banyak perkara dan meraih banyak kejayaan.

“Saya berhijrah ke India dari Sweden dan menggunakan visa pelancong untuk bergelar seorang pelakon. Selepas 10 tahun, saya telah memperoleh kejayaan lebih daripada apa yang saya jangkakan.

“Saya tidak menyesal dan masih menyukai kerjaya ini,” katanya.

Pelakon berusia 31 tahun tahun yang membuat kemunculan sulung menerusi filem Mickey Virus pada 2013 itu juga menyifatkan gelaran selebriti dan menjadikan dirinya sebagai wanita yang lebih kuat.

“Untuk tahun 2022, saya bakal muncul dengan empat buah filem baharu iaitu Banapath, Goodbye dan dua lagi filem yang belum boleh saya dedahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI