fbpx
Anggota bomba membantu seorang warga emas yang rumahnya digenangi air akibat banjir kilat di Sungai Siput malam tadi.

Sungai Siput dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Siput termasuk jalan-jalan dilanda banjir kilat malam tadi.

Antaranya Taman Kledang Fasa II, Kampung Che Zainal, Kampung Muhibbah dan Kampung Ramasamy apabila air naik sehingga paras satu setengah meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi memberi bantuan pada pukul 10.06 malam.

Menurut jurucakap itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikerah ke lokasi selain dibantu sukarelawan bomba dari Chemor dan Pekan Baru.

“Seorang wanita warga emas telah dipindahkan ke rumah berdekatan oleh bomba setelah rumahnya digenangi air.

“Anggota bomba terus berada di lokasi melakukan pemantauan sehingga air surut dan operasi tamat pada pukul 3.30 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, banjir kilat juga menyebabkan laluan terhalang beberapa jam di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran sebuah kilang pembuatan simen di Kanthan, Chemor

Jalan hanya boleh dilalui kenderaan setelah air surut tidak lama kemudian. – KOSMO! ONLINE

POPULAR