fbpx

Logo halal baharu Indonesia diinspirasi daripada wayang kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan logo halal baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia. - Kementerian Hal Ehwal Agama

JAKARTA – Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memperkenalkan logo halal baharu berwarna ungu yang menggunakan teks kaligrafi Arab dengan perkataan ‘Halal Indonesia’ pada bahagian bawah, lapor portal berita Coconuts semalam.

Menjelaskan falsafah di sebalik logo baharu itu, kementerian itu berusaha untuk menyelaraskan simbol penting yang lebih dekat dengan budaya Indonesia.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan kelmarin, Ketua Badan Jaminan Produk Halal (BPJPH), Aqil Irham berkata, garis besar pada logo itu menyerupai gunungan iaitu patung kulit yang digunakan untuk menggambarkan gunung dalam pertunjukan wayang kulit.

“Ia melambangkan kehidupan manusia. Bahagian atas logo yang runcing pula menyampaikan mengenai keperluan manusia untuk lebih dekat kepada Tuhan apabila menjadi lebih tua dan lebih berpengetahuan,” kata Aqil.

Selama bertahun-tahun, umat Islam di Indonesia berpandukan kepada logo halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).  Logo halal MUI dilihat lebih jelas seperti kebanyakan logo-logo halal di negara-negara lain. 

Bagaimanapun menurut beberapa pengkritik, logo halal baharu yang diperkenalkan itu menonjolkan perkataan halal dalam teks kaligrafi Arab yang tidak jelas.

Logo MUI dijangka dimansuhkan secara berperingkat menjelang 2026 kerana kuasa ke atas pensijilan halal sedang dipindahkan kepada pemerintah. 

Pada Oktober 2019, BPJPH yang beroperasi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama telah mengambil alih proses pensijilan halal dengan peranan MUI diturunkan sebagai perunding. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI