fbpx

Khairuddin umum tinggalkan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengumumkan beliau membuat keputusan meninggalkan Pas selepas lebih 33 tahun menjadi ahli parti itu.

Menurut beliau, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu di bangunan Parlimen pada pukul 2.30 petang ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pas atas peluang menjadi ahli sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepimpinan sejak 1999.

“Merujuk kepada Perlembagaan Pas Fasal 15 (1)(a) Keberhentian Ahli dengan permintaan sendiri dan (2) seseorang ahli boleh memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung.

“Maka saya pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI