fbpx

Rusia serang Kiev dari dua arah bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSIA cuba serang Kiev dari dua arah bertentangan untuk menawan bandar itu. – Ukraine’s Armed Force

KIEV – Tentera Rusia dilaporkan cuba menyerang Kiev dari dua arah bertentangan iaitu di sempadan timur laut dan barat laut Ukraine, lapor akhbar The Sun semalam.

Askar Vladimir Putin itu dikatakan telah menduduki sebahagian besar bandar-bandar pinggir laut Ukraine dengan kenderaan-kenderaan askar serta menubuhkan pusat-pusat pemeriksaan.

Orang awam pula telah melarikan diri ke bandar Kiev ekoran pertempuran sengit berlaku di kawasan-kawasan sekitar seperti Hostomel, Bucha and Irpin.

Menurut laporan, tentera Putin kini berada hanya kira-kira 24.14 kilometer dari bandar Kiev ketika rakyat Ukraine terus meninggalkan rumah mereka.

Roket-roket Rusia pula dilaporkan telah memusnahkan pangkalan udara Ukraine yang terletak berhampiran sebuah bandar di Kiev.

Siren udara berbunyi di seluruh ibu negara itu dengan laporan letupan berlaku di bandar-bandar strategik seperti Dnipro, Mykolaiv, Nikolaev dan Kropyvnytskyi.

Di tengah-tengah perkembangan tersebut, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menegaskan bahawa Rusia boleh menawan Kiev hanya apabila ia dimusnahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI