fbpx

Keselamatan negara antara faktor tentera undi BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BN mencatat kemenangan besar pada PRN Johor kali ini.

PUTRAJAYA – Aspek keselamatan negara menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kecenderungan tentera mengundi Barisan Nasional (BN), sekali gus memberikan mereka kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kestabilan kerajaan adalah sebahagian dari aspek keselamatan negara.

Justeru, katanya, anggota tentera juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang kuat dalam aspek menstabilkan politik negara.

“Ia dicapai apabila tentera mengundi gabungan yang boleh menjalankan tadbir urus sektoral dengan baik termasuk elemen pertahanan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, undi tentera juga diperoleh BN ekoran populariti Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini kerana, jelas Noor Nirwandy, Hishammuddin mempunyai rekod baik dalam pengurusan hal ehwal kebajikan anggota tentera dan imej beliau juga adalah positif.

“Faktor individu perlu diperakui menjadi faktor kemenangan dalam mana-mana pilihan raya khususnya pilihan raya negeri.

“Ini memberi kelebihan pada BN kerana Hishammuddin adalah antara Menteri Pertahanan yang popular dalam kalangan anggota tentera,” katanya.

Tambahnya, undi tentera juga menjadi antara faktor kemenangan BN pada PRN Melaka yang lalu.

“Kemenangan undi BN (pada PRN Johor) telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam PRN Melaka yang lepas,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI