fbpx

Disney minta maaf tutup mulut kepada ‘Don’t Say Gay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA babak berkaitan LGBT dilaporkan dipotong daripada beberapa filem keluaran Disney. - Getty

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Bob Chapek memohon maaf kerana menutup mulut mengenai rang undang-undang pendidikan seks negeri Florida yang memberi amaran akan mengasingkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor Badan Penyiaran British (BBC). 

“Anda perlukan saya untuk menjadi sekutu yang kuat dalam memperjuangkan hak sama rata (LGBT) dan saya mengecewakan anda. Saya minta maaf,’’ kata beliau kepada pekerja-pekerjanya.

Komen Chapek muncul ketika kontroversi babak berkaitan LGBT yang dipotong daripada beberapa filem Disney. 

Rang undang-undang dikenali sebagai ‘Don’t Say Gay’ itu akan menjadi undang-undang. Ia melarang perbincangan mengenai orientasi seksual dan identiti jantina di peringkat tadika hingga ke kelas gred ketiga (umur lapan hingga sembilan tahun). 

Ia yang secara rasmi dinamakan rang undang-undang Hak Ibu Bapa dalam Pendidikan, membenarkan penduduk menyaman bagi mendapatkan ganti rugi jika mendapati terdapat pelanggaran undang-undang itu oleh sekolah di Florida.

White House bagaimanapun mengecam undang-undang tersebut. 

Penyokong-penyokong LGBT di Disney pula mendesak agar syarikat tersebut bersuara menentang rang undang-undang berkenaan.

Dalam surat kepada kepimpinan Disney yang salinannya diperoleh oleh BBC, pekerja-pekerja LGBT di Pixar iaitu bahagian animasi komputer, Disney berundur daripada perdebatan awam mengenai rang undang-undang kontroversi itu sambil terus mengaut keuntungan daripada masyarakat LGBT.

Mereka juga melemparkan tuduhan yang lebih serius bahawa Disney telah memotong hampir setiap babak LGBT daripada kandungannya walaupun mendapat bantahan daripada pasukan kreatif dan kepimpinan eksekutif di Pixar. Disney tidak menjawab permintaan BBC untuk sebarang komen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI