fbpx

Wanita ‘kickboxing’ lelaki di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi ketika seorang wanita bergaduh dengan seorang lelaki di jalan raya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan senario pergaduhan antara seorang wanita dan seorang lelaki menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @terangmedia itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya memberhentikan kenderaannya ketika kejadian berlaku.

Pergaduhan itu dikatakan berlaku di simpang jalan Batalion 515 Tanggul Jember, Jawa Timur.

Kelihatan seorang wanita bertudung merah jambu berbaju hijau yang dikatakan seorang penyanyi jalanan sedang bergaduh dengan seorang lelaki berbaju hitam. 

Wanita itu dilihat cuba memukul dan menendang lelaki berkenaan. Pergaduhan berterusan sehingga kedua-duanya jatuh dan berguling di atas jalan. 

Dua penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian bagaimanapun meninggalkan tempat itu.

Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tendangan harimau,’’ tulis seorang netizen.

“Kickboxing,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI