fbpx

PRN Johor : Calon Menteri Besar BN ungguli kiraan undi di DUN Benut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hasni Mohammad.

PETALING JAYA – Calon Menteri Besar Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad sedang mengungguli kiraan undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Beliau yang juga Pengerusi BN Johor dipercayai telah memperoleh 8,778 undi setakat ini meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 3,977 undi.

Selepas 43 daripada 54 saluran undi dikira, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekadar memperoleh 921 undi, manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 110 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh Hasni dengan majoriti undi sebanyak 4,447 bagi mengalahkan dua calon lain.

Hasni ketika itu menerima 9,480 undi, manakala calon PKR, Zulkifly Tasrep (5,033 undi) dan calon Pas, Mohd. Firdaus Jaffar (2,590 undi). KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI