fbpx

Pendaki maut jatuh dari ketinggian 304 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden maut ini adalah yang ketiga di kawasan pergunungan ini dalam masa seminggu. - Facebook / Lochaber Mountain Rescue Team

LONDON  – Seorang lelaki terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 304 meter ketika mendaki puncak gunung tertinggi di Scotland iaitu Gunung Ben Nevis, lapor akhbar The Sun.

Selain mangsa, dua pendaki lain dikejarkan ke hospital, namun, mereka mengalami kecederaan ringan.

“Sekitar jam 2.15 petang (waktu tempatan) pada 8 Mac lalu, polis telah dimaklumkan tentang situasi membimbangkan melibatkan beberapa pendaki yang menghadapi kesukaran semasa mendaki Ben Nevis.

“Perkhidmatan kecemasan bersama petugas-petugas penyelamat gunung hadir untuk membantu 17 pendaki turun dari Ben Nevis.

“Kami boleh mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi lelaki, masing-masing berumur a 29 dan 27 tahun pula dirawat di hospital kerana cedera ringan.

“Tiada keadaan  mencurigakan mengenai kematian mangsa, manakala laporan penuh akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan,” demikian menurut Jurucakap Polis Scotland.

Kematian itu merupakan kematian ketiga di kawasan tanah tinggi di Scotland dalam tempoh kurang seminggu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI