fbpx
RAMAI orang memutuskan untuk menjual hidangan Big Mac pada harga yang mahal sejak berita penutupan restoran itu dikeluarkan. - Daily Mail

Warga Rusia ‘sumbat’ peti sejuk dengan hidangan McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Seorang warga Rusia telah memenuhi peti aisnya dengan hidangan McDonald’s manakala sebilangan penduduk pula menjual burger daripada restoran makanan segera itu pada harga mencecah £250 (RM1,371.74), lapor akhbar Daily Mail semalam.

Senario itu berlaku selepas restoran popular tersebut mengumumkan akan menutup 850 cawangannya di seluruh Rusia berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Sekeping gambar yang dikongsikan di laman sosial Reddit menunjukkan sebuah peti ais dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 50 biji burger McDonald’s, menyebabkan hampir tiada ruang untuk barangan runcit lain.

“McDonald’s ditutup selama-lamanya di Rusia, inilah simpanan rakan saya,’’ demikian kapsyen pada gambar berkenaan.

Menjawab kenyataan itu, sesetengah pengguna lain berkata, pengumuman McDonald’s itu adalah peluang perniagaan yang baik untuk cuba menjual burger itu di Rusia. 

Pengguna media sosial lain secara berseloroh mempersoalkan mengapa warga Rusia berkenaan berusaha menyimpan makanan McDonald’s itu.

Sejak berita penutupan restoran itu dikeluarkan, ramai orang memutuskan untuk menjual hidangan Big Mac pada harga yang mahal.

Siaran di laman web iklan Rusia, Avito memaparkan situasi ketika orang ramai cuba memuatkan hidangan McDonald’s di dalam beg mereka, manakala ada yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual sosnya di dalam periuk.

Restoran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu memiliki dan mengendalikan kebanyakan premisnya di Rusia sejak membuka sebuah restoran pertama di Moscow pada tahun 1990 yang  menandakan berakhirnya Perang Dingin. – Agensi 

POPULAR