fbpx

Sharnaaz terima kalau berjodoh dengan Shila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ dan Shila kini kerap berhubung. Antara perkara yang dibualkan mereka adalah kehidupan selepas perceraian.

PETALING JAYA – “Kami tak pernah bermusuh. Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia.”

Demikian respons pelakon dan usahawan, Sharnaaz Ahmad mengenai hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah yang dikatakan kembali bertaut.

Pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, itu mengakui ada berhubung dengan pelantun lagu Patah Seribu itu selepas bercerai pada 9 Februa­ri lalu.

“Jujur saya cakap, kami ada juga mesej. Dia (Shila) melalui fasa yang saya sudah lalui. Mungkin dia mahu pendapat dan bercakap dengan saya, benda dah lama sangat, nak berdendam apa lagi,” kata Sharnaaz.

Menurut Sharnaaz, komunikasi mereka lebih banyak ber­kisar tentang motivasi dalam kehidupan selepas kegagalan rumah tangga masing-masing.

“Orang hentam kita, bagi saya orang akan sentiasa bercakap. Saya cakap dengan Shila, kalau nak bahagia, hiraukan apa orang cakap dengan (membuktikan) kejayaan. Dengan itu, orang akan senyap,” katanya.

Sharnaaz memaklumkan, selepas rumah tangganya dengan Noor Nabila bertemu noktah, dia umpama hidup sehelai sepinggang.

“Bina empayar sendiri supaya orang yang pernah kecam kita dahulu akan menyesal dengan kata-kata mereka,” ujarnya.

Diusik pertanyaan ramai mendoakan agar dia dan Shila kembali bercantum, jawab Sharnaaz: “Kita tak boleh menghalang orang mendoakan. Jadi, saya terima sahaja (doa).”

“Yang tentukan hanya Allah. Terima kasih yang mendoakan, saya tak boleh ramal masa depan. Kalau ada, ada. Kalau tiada, kita nak buat macam mana. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk semua orang yang akan hadir dalam hidup.”

Sharnaaz pernah bercinta dengan Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah pada 2011 hingga 2013, namun hubungan terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga Shila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI