fbpx

Langkah mudah periksa pemanas air sebelum digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video di Facebook Public Health Malaysia.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu sekiranya mahu menggunakan alat pemanas air.

Menerusi perkongsian sebuah video di Facebook Public Health Malaysia, tips keselamatan itu boleh dibuat sekiranya menggunakan alat pemanas air di hotel atau di rumah sendiri.

Pengguna boleh melakukan dua langkah iaitu yang pertama, tekan butang ‘Test’ dan pastikan bekalan elektrik pada alat pemanas air terputus.

Kemudian, pengguna boleh menekan semula butang ‘Reset’ untuk mengembalikan sambungan elektrik pada alat pemanas air.

Langkah itu dilakukan bagi memastikan mekanisme untuk memotong elektrik sekiranya ada kebocoran berfungsi dengan baik.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands, pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI