fbpx

Hatrik Benzema singkirkan gergasi PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA meraikan jaringannya ketika membantu Real menewaskan PSG secara agregat 3-1 di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Real Madrid memastikan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-2 secara agregat pada pusingan 16 pasukan terbaik awal pagi semalam.

Pada aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Los Blancos menunjukkan semangat juang cukup tinggi apabila menang 3-1 ke atas kelab gergasi Liga Perancis berkenaan.

Meskipun ketinggalan 0-1 pada minit ke-39 hasil gol Kylian Mbappe, namun Real bangkit menerusi jaringan hatrik penyerang, Karim Benzema yang dihasilkan dalam tempoh kurang 20 minit.

“Ia satu perlawanan yang sangat sukar, namun kami tidak berputus asa dan terus menekan mereka sehingga ke wisel penamat. Kemenangan ini kami tujukan kepada semua penyokong Real Madrid.

“Mereka (penyokong) menjadi sumber kekuatan kami. Kami turun dengan agregat 0-1, namun sokongan mereka menyuntik semangat saya dan rakan-rakan sepasukan,” kata Benzema.

Meskipun PSG dianggap sebagai pasukan pilihan pada perlawanan itu dengan barisan pemain bintang, namun Real membuktikan status mereka sebagai pemenang 13 kali Liga Juara-Juara menerusi aksi lebih meyakinkan.

“Selepas tewas 0-1 di Paris sebelum ini, saya tahu aksi berbeza akan ditampilkan di laman sendiri. Kemenangan ini membuktikan kami masih lagi antara pasukan terbesar di dunia,” ujar pemain Perancis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI