fbpx

‘Barisan terbaik dalam sejarah Real’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Real meraikan kejayaan mereka melangkah ke pentas final selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bayern awal pagi semalam, sekali gus menang 4-3 secara agregat. – AFP

MADRID – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti melabel skuad kali ini adalah yang terbaik pernah dimiliki sepanjang ka­riernya sehingga berjaya mara ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pada aksi separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Real menang 2-1 ke atas Bayern Munich untuk mara ke perlawanan akhir menerusi kejayaan 4-3 secara agregat.

“Sukar untuk dipercayai. Saya begitu berterima kasih kepada pemain kerana mereka bekerja keras dan suasana juga cukup luar biasa.

“Saya fikir ini adalah skuad terbaik yang pernah saya miliki sepanjang karier saya,” katanya.

Pada perlawanan itu, Joselu muncul wira Los Blancos yang melakukan kebangkitan dramatik dengan meledak dua gol pantas dalam tempoh tiga minit terakhir perlawanan bermula minit ke-88 dan 90+1.

Ia sekali gus memadam ke­lebihan Bayern yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Alphonso Davies pada minit ke-68.

Kemenangan itu memboleh­kan Real membuat perhitungan dengan Borussia Dortmund pada aksi final di Stadium Wembley pada 2 Jun ini selepas kelab Jerman itu menundukkan Paris Saint Germain 2-0 secara agregat kelmarin.

Sementara itu, Ancelotti meng­anggap kemenangan ke atas Bayern sebagai malam ajaib buat pasukannya dan pada masa sama turut memuji kualiti yang dipersembahkan oleh Joselu.

“Kami bermain baik, mencipta peluang, mengawal permainan dan ada kekuatan untuk bangkit selepas pasukan lawan mendahului. Penyokong kami juga boleh lakukan sesuatu yang tidak boleh dijangka.

“Joselu melakukan tugasnya dengan cemerlang dan dia adalah penyerang berkualiti. Sera­ngan kami lebih kepada bahagian sayap untuk melakukan hantaran lintang.

“Jelas sekali kami mampu melakukannya dengan baik dan mempunyai tenaga untuk segera mematikan cabaran lawan,” ­jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI