fbpx

Gempar lelaki warga asing panjat pencawang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga asing memanjat pencawang elektrik di Kampung Muhibbah di Tanah Merah, Jitra malam ini.

JITRA – Seorang lelaki dipercayai warga asing menggemparkan penduduk Kampung Muhibbah di Tanah Merah, di sini apabila dia secara tiba-tiba memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi, malam ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.17 malam tadi.

“Kami menerima panggilan memaklumkan terdapat cubaan bunuh diri dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, didapati seorang lelaki berada di atas pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terjun,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah dihantar ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat dan sehingga kini operasi masih berjalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI