fbpx

Edar bakul hadiah sebagai tanda maaf bunyi bising ubah suai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
akul hadiah yang disediakan Kylie untuk diedarkan kepada jiran-jiran yang terkesan dengan bunyi bising proses ubah suai rumahnya. - TikTok

SINGAPURA – Seorang wanita menjadi tular di media sosial Singapura apabila menunjukkan keprihatinan kepada jiran tetangga ketika rumahnya menjalani proses pengubahsuaian, lapor portal Mothership.sg, semalam.

Menerusi laman TikTok, pengguna bernama Kylie itu bercerita  bagaimana dia dan pasangannya mengambil keputusan untuk memberikan sedikit cenderahati kepada jiran tetangga sebagai tanda minta maaf kerana bunyi bising sepanjang rumah mereka diubah suai.

Kylie menyediakan sebuah  bakul berisi kotak teh dan biskut beserta sekeping kad untuk diedarkan kepada jiran di tingkat  atas dan bawah yang terjejas akibat bunyi bising.

“Buat jiran-jiran, kami adalah penghuni rumah #12-61 yang sedang menjalani proses pengubahsuaian.

“Keadaan akan menjadi sedikit kurang selesa dan bising dalam masa dua bulan akan datang jadi terimalah bakul hadiah ini sebagai tanda maaf,” tulis Kylie pada kad tersebut.

Sikap prihatin wanita itu mengundang pujian netizen yang beranggapan lebih ramai pemilik rumah yang melakukan perkara serupa.

“Ini adalah satu idea yang bagus, saya akan mencuba cara ini di masa hadapan,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI