fbpx

MyCC jalankan siasatan terhadap industri telur, ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sahkan telah menjalankan siasatan dan serbuan terhadap industri ayam dan telur di Malaysia susulan arahan daripada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Kebangsaan.

MyCC dalam satu kenyataan berkata, susulan arahan itu pihaknya juga telah mengambil beberapa kenyataan daripada premis serta individu yang terlibat, semalam.

“MyCC turut mendapat sokongan serta kerjasama yang baik dalam siasatan itu. Ini termasuk pihak yang menyatakan kesediaan mereka untuk memohon kelonggaran di bawah Seksyen 41 Akta Persaingan 2010 untuk membantu siasatan ini.

“MyCC juga ingin memohon kerjasama syarikat-syarikat serta orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI