fbpx

RM29.13 juta peruntukan pemulihan bencana di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peruntukan sebanyak RM29.13 juta telah disediakan pihak kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan infrastruktur awam yang rosak akibat bencana yang melanda Lembah Klang.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembaikan ini membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavement, penyelenggaraan jambatan serta penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat yang rosak akibat banjir.

“Kelulusan peruntukan sebanyak RM 29.13 juta itu membabitkan 50 kerja penyelenggaraan dan sebanyak lima kerja sudah disiapkan iaitu empat kerja penyelenggaraan berkala pavement dan satu kerja penyelenggaraan jambatan.

“Sementara, baki 45 bilangan kerja penyelenggaraan akibat banjir di kawasan Lembah Klang di dalam proses pembinaan dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan jawapan bertulis kepada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja)yang ingin tahu berkenaan tindakan kerajaan persekutuan dalam pemulihan bencana yang berlaku sebelum ini di Dewan Rakyat hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI