fbpx

Proses ayam, burung puyuh sejuk beku tanpa sijil halal sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP melihat produk ayam dan burung puyuh sejuk beku yang disita daripada sebuah premis pemprosesan ayam yang menggunakan logo halal tanpa perakuan di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Sebuah premis memproses produk ayam dan burung puyuh sejuk beku tanpa perakuan sijil Halal yang sah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diserbu dalam serbuan pagi tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, serbuan pada pukul 10.30 pagi itu dijalankan bersama lima pegawai KPDNHEP di sebuah premis di Taman Negeri, Jalan Seremban-Port Dickson di sini hasil perkongsian maklumat antara KPDNHEP dan JHEAINS.

“Premis tersebut merupakan sebuah perusahaan memproses ayam dan burung puyuh sejuk beku yang dimiliki oleh seorang warganegara tempatan berumur 34 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk yang dimiliki oleh perniagaan ini telah tamat tempoh pada September 2021. Namun begitu, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih digunakan pada paket pembungkusan produk keluaran perniagaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ain Arjuna, sebanyak 14 unit paket ayam dan 44 unit paket burung puyuh sejuk beku keluaran perniagaan itu yang disyaki menggunakan logo halal tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada berkuasa telah disita dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM1,540. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI