fbpx

Kerja pembersihan pasca banjir di Kuala Lumpur masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Alam Flora sedang giat membersihkan lumpur serta longkang yang tersumbat akibat timbunan sampah sarap.

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan lumpur dan sedimen pasca banjir di kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar Lembah Klang, semalam.

Timbalan Pengurus Besar Operasi Alam Flora, Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim berkata, sejak malam tadi, kerja-kerja pembersihan tersebut masih diteruskan sehingga hari ini.

“Alam Flora telah mengaktifkan pasukan Unit Khas yang terdiri daripada empat pasukan dimana setiap pasukan mempunyai dua pemandu dan empat kru unit khas.

“Mereka turut dilengkapi dengan jet air dan mesin sedut untuk membersihkan permukaan jalan dan longkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami fenomena banjir kilat sehingga timbunan sampah sarap serta lumpur dihanyutkan bersama air banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI