fbpx

Anantham Somasundran dilantik Setiausaha Politik PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Anantham Somasundran.

PUTRAJAYA – Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk Dr. Anantham Somasundran dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengangkat sumpah ikrar jawatan tersebut di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Mohd. Ali kira- kira pukul 3.30 petang tadi.

“Ananthan memiliki ijazah doktor falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dilahirkan di Kulim, Kedah.

“Beliau pernah dilantik menjadi Senator pada tahun 2017 dan menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MIC Kedah,” kata kenyataan itu. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI