fbpx

Anak Pahang tidak dipinggir, 45,205 terima biasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri Ngah (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan biasiswa kepada seorang pelajar Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Seramai 45,205 pelajar Pahang menerima bantuan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang sempena sesi persekolahan 2022 yang bermula 21 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, Yayasan Pahang memperuntukan sebanyak RM13.6 juta bagi bantuan biasiswa berkenaan.

“Yayasan Pahang menyediakan dana khas setiap tahun bagi membantu keluarga kurang berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah dan mulai 2012 kadar baharu BSM dinaikan daripada RM500 kepada RM600 setahun manakala BSR dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 setahun.

“Keprihatinan Yayasan Pahang terhadap kemajuan pendidikan anak-anak Pahang terserlah dari dahulu sehingga kini dan mana-mana keluarga miskin serta sederhana tiada alasan kukuh tidak menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya selepas menyampaikan BSR dan BSM peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak dan DUN Tahan di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.

Yang hadir sama Penolong Pengarah Bahagian Operasi Yayasan Pahang, Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid dan Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Pahang, Razak Daud.

Pada majlis itu seramai 918 penerima daripada DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar menerima sumbangan biasiswa Yayasan Pahang.

Menurut Nazri, BSM diperkenalkan sejak 1983 dan diberikan kepada anak Pahang yang belajar di tingkatan satu hingga enam yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI