fbpx

Vaksin melalui mulut, semburan hidung dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) sedang membangunkan kaedah pemberian vaksin kepada orang ramai menggunakan konsep semburan hidung serta secara terus melalui mulut manusia.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pemberian vaksin menggunakan kaedah berbeza itu dibangunkan berikutan ada rakyat yang mempunyai ketakutan terhadap jarum atau picagari.

“Seperti yang kita ketahui, antara ketakutan rakyat ialah takut kepada jarum suntikan, maka antara pembangunan sedang diusahakan termasukah pemberian vaksin secara mulut dan semburan hidung,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wog Kah Woh (PH-Ipoh Timur) yang mahu mengetahui sama ada PPVN tertumpu vaksin Covid-19 sahaja atau terdapat vaksin lain juga.

Dalam pada itu, bercakap mengenai PPVN, Ahmad Amzad berkata, program itu turut memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin untuk pelbagai penyakit manusia dan bukannya tertumpu kepada Covid-19 semata-mata. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI