fbpx

Loji mini bantu pertingkat bekalan air bersih di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azami (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Torek yang memenangi Anugerah Berita AKSB 2021 di Hotel Perdana, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah membangunkan loji mini air terawat di beberapa lokasi di negeri ini dalam usaha untuk mempertingkatkan penyediaan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, pembinaan loji mini itu juga untuk mengelakkan berlaku kejadian air kelat selain payau terutamanya penduduk di kawasan pesisir pantai, sungai dan paya.

Menurutnya, sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM49 juta untuk pembinaan prasarana berkaitan.

“Peruntukan itu digunakan untuk pembinaan loji mini di Teluk Mesira, Ketereh, Jelawat, Wakaf Baru, Kadok, Meranti, Kedai Buloh dan Telong. Selain itu, turut digunakan untuk membaik pulih sistem proses rawatan di Loji Rawatan Air (LRA) Perol untuk meningkatkan kualiti penyediaan air di kawasan terlibat.

“Selain itu, pembinaan LRA di bawah projek Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) bernilai RM48.3 juta di Kampung Teluk di sini dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 30 juta liter sehari yang bakal beroperasi dalam tempoh yang terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Media dan Pelancaran Aplikasi myAKSB di Hotel Perdana di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI