fbpx

‘Kesian pak cik jual sayur bawah panas, tiada siapa beli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aina menyeru orang ramai yang tinggal dan berada di kawasan sekitar lokasi perniagaan pak cik tersebut untuk bersama-sama membantu dan membeli sayur-sayuran yang dijualnya.

PETALING JAYA – Seorang suami, bapa tidak pernah memikirkan rasa penat dalam mencari rezeki buat menyara keluarga tersayang walaupun mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan hasil.

Situasi ini turut dilalui oleh seorang warga emas yang bekerja sebagai penjual sayur di bahu jalan berhampiran kawasan Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisahnya dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Nur Aina apabila dia memuat naik hantaran menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar lokasi untuk singgah membeli sayur-sayuran pak cik tersebut.

Katanya, sekiranya tidak mahu membeli, boleh hulurkan bantuan yang mampu untuk bersama-sama membantu pak cik itu.

“Minta tolong sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan Kampung Lahar Yoii, Tasek Gelugor yang mana berdekatan tolong beli sayur-sayuran kat pak cik ini.

“Kesian dia tengah panas jual sayur tak ada siapa pun beli dekat dia, tak mahu beli sayur pun, sedekah la sikit.

“Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Difahamkan juga, sebelum ini pak cik tersebut berniaga di pasar malam kawasan sekitar namun, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelanggan sehingga sanggup berniaga di bahu jalan dan merata-rata tempat.

Sehubungan itu, perkongsian Nur Aina telah berjaya mendapat perhatian orang ramai sehingga perniagaan sayur-sayuran pak cik tersebut habis diborong.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI