fbpx

[VIDEO] Kereta tenggelam, lelaki panjat bumbung selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki bertindak memanjat bumbung kereta untuk menyelamatkan diri.

KUALA LUMPUR – Sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.

Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, dekat sini kira-kira pukul 3.37 petang.

Turut kelihatan puluhan kenderaan juga terkandas kerana tidak dapat melalui jalan berkenaan yang sudah ditenggelami air.

Keadaan tersebut turut menyebabkan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah kenderaan terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI