fbpx

Hubungi PDT, ICU jika cicir bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua kanan) dan Megat Zulkarnain (empat kanan) pada perasmian Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Semua mangsa banjir yang keciciran atau belum menerima bantuan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diminta segera memaklumkan perkara itu kepada pihak berkaitan.

Ia melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di kawasan masing-masing atau berhubung dengan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, tidak dinafikan masih ada mangsa banjir terutama di Shah Alam dan Klang belum menerima bantuan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Katanya, penyerahan bantuan itu sepatutnya selesai bulan lalu seperti diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang dipengerusikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

“Saya tidak dapat jumlah sebenar penerima bantuan mangsa banjir namun masih ada belum memperolehnya dan mungkin ia di peringkat akhir.

“Bagi yang belum menerimanya terutama peruntukan Kerajaan Persekutuan, mereka boleh terus pergi ke ICU Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor di Shah Alam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka Tanjong Karang di sini, petang tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI