fbpx
YUNA

Fesyen baju jaring Yuna dikritik teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA hari lalu penyanyi kebanggaan Malaysia, Yuna yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) ada berkongsi berita gembira apabila mengumumkan album baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Untuk tujuan promosi, Yuna ada berkongsi foto konsep album terbaharunya yang berjudul Y.1 dengan menggayakan busana daripada kain net atau jaring berwarna perak dan dilengkapi dengan perhiasan kepala yang diperbuat daripada manik.

Ramai yang puji konsep dan imej yang dipamerkan Yuna. Diva pun suka dengan konsep tersebut sebab nampak segar dan lari daripada imej ‘klise’ yang selalu dibawakan oleh penyanyi berusia 36 tahun itu.

Tapi dalam ramai yang memberi pujian, tidak kurang juga segelintir netizen yang tampil mengkritik dan mempertikaikan pakaian Yuna disebabkan imejnya yang bertudung.

Ada segelintir netizen berpendapat Yuna tidak sesuai berpakaian sebegitu kerana kelihatan seksi. Netizen turut membandingkan imejnya lama Yuna yang lebih sopan dan menutup aurat walaupun nampak tidak level antarabangsa.

“Nampak baju dalam,” komen seorang pengguna Twitter.

“Rindu Yuna yang dahulu,” kata seorang lagi peminatnya.

Entahlah, Diva pun sebenarnya rindu juga dengan imej Yuna yang lama. Ingat lagi gaya lilitan tudung Yuna ketika awal kemunculannya dalam industri dulu-dulu.

DIVA: Pelik dengan sikap netizen dalam TikTok, baru tahu ke Bienda tu memang cantik dari dulu. Dia pula jual produk penjagaan kecantikan, mestilah cantik.

POPULAR