fbpx

64 warga India ditahan bekerja di kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee memeriksa dokumen perjalanan warganegara India yang ditahan kerana bekerja di sebuah kilang di Senai, Kulai, Johor malam semalam.

KULAI – Tindakan seorang pemilik kilang di Senai di sini memberikan alasan kononnya tidak tahu pekerja warganegara India tidak boleh bekerja di kilang bagi mengelakkan diambil tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Alasan itu tidak berhasil apabila seramai 64 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit yang didaftarkan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) ditahan agensi penguatkuasa itu kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, mengikut dasar kerajaan, pekerja negara terbabit hanya dibenarkan bekerja di bawah sektor pembinaan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

“Tidak pernah lagi dalam serbuan di kilang sebelum ini, begitu ramai warganegara India diambil bekerja. Kita syak mungkin kilang ini guna perkhidmatan ejen untuk mendaftarkan pekerja-pekerja di bawah rekalibrasi.

“Berdasarkan slip pendaftaran RTK, pekerja ini didaftarkan pada April 2021 dan sekarang sudah Mac 2022 maknanya hampir setahun (pekerja India) bekerja di situ,” katanya selepas mengetuai Ops Mega JIM, malam semalam.

Khairul Dzaimee berkata, selain 64 pekerja India terbabit, JIM turut menahan 16 warganegara Nepal, tiga warga Myanmar dan dua warganegara Bangladesh yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

Beliau berkata, kesemua PATI lelaki berumur 25 hingga 40 tahun itu dibawa ke lokap Imigresen di Setia Tropika untuk siasatan lanjut

Terdahulu, Khairul Dzaimee berkata, JIM turut menahan 16 wanita warga asing yang terdiri daripada 14 warga Thailand dan masing-masing seorang warga Laos dan Myanmar yang bekerja di sebuah spa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI