fbpx

F1 batalkan kontrak GP Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR SOCHI tidak akan lagi menganjurkan perlumbaan F1 apabila kontrak penganjuran GP Rusia dibatalkan. – AFP

LONDON – Penganjur perlumbaan Formula Satu (F1) sekali lagi membuat keputusan mengejutkan apabila membatalkan kontrak penganjuran di Grand Prix (GP) Rusia sekali gus ini bermakna tiada lagi perlumbaan pada musim 2023 dan seterusnya.

Baru-baru ini, F1 turut membatalkan perlumbaan GP Rusia yang berlangsung pada September ini di Litar Sochi berikutan ketegangan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sekali gus mencetuskan peperangan.

F1 dijangka tidak akan mengembalikan perlumbaan tersebut di Rusia pada masa akan datang selagi Vladimir Putin kekal berkuasa di negara tersebut.

“Formula 1 boleh mengesahkan bahawa telah menamatkan kontrak dengan promoter GP Rusia, bermakna Rusia tidak akan mengadakan perlumbaan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan F1 tersebut dianggap keras dan berbeza dengan keputusan FIA baru-baru ini apabila membenarkan pelumba Rusia mengambil bahagian dalam perlumbaan antarabangsa atas kapasiti berkecuali.

Tindakan FIA itu dilihat tidak dapat persetujuan banyak pihak selepas badan permotoran Uni­ted Kingdom melarang semua pemegang lesen Rusia daripada bertanding di negaranya itu.

Keputusan tersebut menyebabkan pemandu Rusia, Nikita Mazepin tidak boleh beraksi di Grand Prix British menggunakan lesen Rusia.

Selain itu, Jawatankuasa Para­limpik Antarabangsa (IPC) turut membuat pusingan U apabila melarang atlet Rusia dan Belarus untuk mengambil bahagian di temasya Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Ini bermakna 83 atlet dari Rusia dan Belarus yang kini telah berada di Beijing akan ‘dihalau’ keluar serta-merta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI