fbpx

Britain rugi RM658 bilion setahun kerana rakyat sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perintah berkurung dan pengurangan hubungan sosial telah menyebabkan ramai penduduk Britain menderita akibat daripada rasa sunyi. – Unsplash

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa masalah kesihatan mental di Britain telah membebankan ekonomi negara itu sebanyak £117.9 bilion (RM658 bilion) setahun, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kajian dilakukan Yayasan Kesihatan Mental dan Fakulti Ekonomi dan Sains Politik London itu turut mendapati, hampir tiga suku daripada kos tersebut atau 72 peratus, adalah disebabkan oleh kehilangan produktiviti individu yang menghidap masalah mental seperti kemurungan.

Selain itu, kos bagi masalah kesihatan mental turut bersamaan dengan kira-kira lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Britain.

“Laporan ini mendedahkan jumlah kos yang besar bagi ekonomi yang mempunyai masalah kesihatan mental yang teruk.

“Ia juga memberi gambaran bahawa perubahan radikal perlu dilakukan dalam kaedah kita untuk mengawal kesihatan mental dengan mengutamakan pencegahan, seterusnya menambah baik kesejahteraan untuk semua serta mengurangkan kos kepada ekonomi.

“Kami menggesa kerajaan untuk memberi perhatian terhadap bukti kajian ini dan komited untuk membuat pelaburan dalam kaedah pencegahan,” kata Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental, Mark Rowland.

Menurut laporan itu, perintah berkurung Covid-19 dan pengurangan hubungan sosial menyebabkan ramai penduduk Britain menderita akibat kesunyian sekali gus memaksa mereka meminta bantuan daripada perkhidmatan kesihatan.

Dianggarkan seramai 1.6 juta rakyat negara itu masih menanti rawatan daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Angka bagi penduduk dewasa yang menghidap kemurungan dan keresahan meningkat berbanding era sebelum pandemik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI