fbpx

Rossiyana jurucakap seksi Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossiyana sering berkongsikan pelbagai gambar peribadi dan aktiviti ketika bertugas di Instagram miliknya. - Instagram/rossiyana_markovskaya

MOSCOW – Seorang pegawai politik Rusia mendapat perhatian netizen dan media  ekoran penampilan seksi dan berkarisma yang dimilikinya disamakan dengan watak ‘gadis Bond’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rossiyana Markovskaya, yang merupakan jurucakap politik bagi Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya selepas dilantik ke jawatan itu pada 2017.

Gadis tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik pelbagai pengumuman besar Kremlin,  termasuk mengikuti Shoigu membuat lawatan ke Myanmar bagi berbincang mengenai kerjasama ketenteraan.

Rossiyana juga banyak membantu dalam melaksanakan beberapa dasar termasuk perubahan pakaian seragam tentera Rusia pada 2017 yang bertujuan bagi menjadikan pasukan itu kelihatan seperti ketika Perang Dunia Kedua.

Selain itu, bekas penyampai berita stesen televisyen tempatan itu juga sering berkongsikan gambar peribadi dan aktivitinya ketika bertugas dengan pengikutnya di Instagram miliknya.

Antara yang dimuat naik adalah video yang dirakam dari sebuah jet Rusia yang ketika itu sedang diintip oleh sebuah pesawat kecil.

“Satu  percubaan oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk ‘mengiring’ pesawat Sergei Shoigu merentasi rantau Baltic,” demikian menurut keterangan video tersebut. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI