fbpx

Coklat klasik Rusia ada darah lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan coklat Hematogen yang dihasilkan oleh negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang dikatakan mempunyai lima peratus protein darah lembu. - Sergey Frolov/Wikimedia Commons

MOSCOW – Coklat bernutrisi yang terkenal dari era Kesatuan Soviet iaitu Hematogen atau Gematogen dilaporkan mengandungi lima peratus protein darah lembu, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

Di era Kesatuan Soviet, manisan juga mempunyai tujuan praktikal. Ramuan rahsia Hematogen pula dikatakan membantu pengguna untuk merawat anemia, kekurangan zat dan keletihan. 

Ia dinikmati oleh kanak-kanak dan golongan dewasa dengan rasa vanila yang manis.  Ia juga memberi kesan baik kepada kesihatan mereka. 

Kini hematogen boleh didapati di pelbagai kedai di negara-negara bekas Kesatuan Soviet seperti Rusia dan Ukraine termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada malah boleh dipesan di platform beli belah online, Amazon.

Menurut akhbar RBTH, versi pertama Hematogen telah dibangunkan pada 1890 di Switzerland dan  mempunyai campuran darah lembu serta kuning telur yang dikenali sebagai ‘Hematogen Gomel’. 

Ia dihasilkan di rumah penyembelihan sebagai cara untuk tidak membazirkan darah lembu. Proses pengeluarannya mengambil masa kira-kira 24 jam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI