fbpx
ANTARA barangan yang dirampas polis dalam serbuan itu.

Sindiket tipu jual barang online tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Satu sindiket penipuan barangan secara dalam talian yang menjadikan rumah kedai sebagai pusat panggilan mereka digempur dalam kejadian di Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Serbuan pukul 1 tengah hari dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu turut menahan empat individu berusia 20 hingga 34 tahun.

Ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai aktiviti haram tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati ia melibatkan penawaran dan pembelian pelbagai barangan tidak wujud secara dalam talian dengan harga lebih murah.

“Kesemua suspek ditangkap termasuk dua wanita itu berperanan sebagai operator yang mengendalikan pusat itu dengan menyasarkan mangsa tempatan dan luar negara

“Turut dirampas pelbagai barangan termasuk 11 komputer riba dan 10 telefon bimbit untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN