fbpx

Pendapatan RM10,000 sebulan ternak ikan keli, tanam jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nur Aifa (kanan) dan Mohd. Zakaria Abd. Rahman (kiri) pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022 di PICC di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Keputusan menolak tawaran melanjutkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) ternyata berbaloi buat seorang graduan Kolej Pertanian Malaysia apabila dia kini bergelar seorang usahawan tani berjaya.

Nur Aifa Shaaeri, 26, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan adalah graduan Diploma Kemahiran Malaysia (Bidang Tanaman) dan antara 1,712 graduan yang diraikan pada Majlis Konvesyen Pertanian Ke-10, di sini hari ini.

Nur Aifa berkata, dia menolak tawaran kemasukan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah IPTA pada 2017 sebaliknya memilih untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia.

Katanya, dia memilih Kolej Pertanian Malaysia kerana minat yang mendalam dalam bidang tanaman selain menyifatkan ia satu ilmu yang berbaloi untuk dipelajari.

“Keputusan saya itu tidak sia-sia apabila berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM8,000 hingga RM10,000 sebulan sejak dua tahun lalu hasil daripada pelbagai tanaman dan penternakan yang diusahakan.

“Ketika ini, saya mengusahakan tanaman kacang panjang, jagung, cili kulai, kangkung, bayam, penternakan ikan hiasan dan ikan keli di kampung saya di Kampung Gong Depu, Pasir Putih,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia sudah enam tahun melibatkan diri dalam bidang pertanian malah sudah mengikuti pelbagai kursus jangka pendek sebelum memasuki kolej pertanian.

Jelasnya lagi, dia turut merancang untuk membuka ladang tanaman fertigasi pada masa depan bagi menambah portfolio tanamannya.

Pada majlis sama, Nur Aifa turut menerima Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2021 serta Anugerah Khas Ketua Setiausaha 2021 dan membawa pulang wang tunai keseluruhan RM4,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI