fbpx
SEORANG lelaki Ukraine berdiri di atas runtuhan bangunan di Zhytomyr semalam. - AFP

Lebih 2,000 rakyat Ukraine terbunuh pada hari ketujuh pencerobohan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KIEV – Lebih 2,000 orang awam terbunuh setakat ini ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine masuk hari ketujuh, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Tentera Rusia telah mengepung sepenuhnya bandar Kherson dan Mariupol di selatan Ukraine, manakala bandar kedua di negara itu, Kharkiv terus diserang dengan sengit.

Bandar timur Ukraine itu, hanya 40.23 kilometer dari sempadan Rusia telah menyaksikan beberapa pertempuran paling berdarah ketika Moscow meningkatkan serangan dengan bertubi-tubi semalam.

Sementara itu, tentera Putin terus mara ke ibu kota Keiv walaupun harapan Presiden Vladimir Putin untuk mengambil alih negara itu dengan cepat telah musnah.

Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko yang merupakan bekas juara dunia kejohanan tinju berkata, Rusia sedang mengumpulkan pasukannya lebih dekat ke bandar itu selepas konvoi kenderaan tentera sepanjang 64.37 kilometer memenuhi kawasan seluas 32.19 kilometer di barat laut ibu negara semalam. 

Dalam satu kenyataan, perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata bahawa lebih 2,000 rakyat terbunuh semasa pencerobohan Rusia yang bermula Rabu lalu, walaupun pengesahan bebas mengenai angka tersebut adalah mustahil.

Menurut pegawai, 21 kanak-kanak telah terbunuh dan 55 turut cedera sejak pencerobohan berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN