fbpx

Kelulusan bersyarat Sinovac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd. China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. Malaysia diberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan bersyarat tersebut dipersetujui menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang hari ini.

“CoronaVac sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 12 tahun dan ke atas. Ini merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan kanak-kanak.

“Sebelum ini pada 6 Januari lalu kelulusan telah diberikan kepada vaksin Comirnaty untuk vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

“KKM juga sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI