fbpx

Jimat belanja hati tak serabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT bajet perbelanjaan setiap bulan dengan berhemah bagi mengelakkan pembelian barangan yang tidak perlu.

SEMUA sedia maklum, ketika ini negara mengalami kadar inflasi agak tinggi dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara menyeluruh.

Misalnya, harga barangan keperluan asas seperti telur ayam telah meningkat antara RM2 hingga RM3 sepapan bagi gred A sejak bulan lalu.

Malah, harga ayam segar turut dilaporkan meningkat antara 10 hingga 20 peratus berikutan kenaikan harga dedak import yang menjadi makanan ternakan tersebut di pasaran pada ketika ini.

Malangnya, peningkatan harga dan perkhidmatan ini tidak seiring dengan gaji pekerja yang masih kekal ditakuk lama sejak beberapa tahun ekoran pandemik Covid-19.

Lebih parah, kadar pengangguran dalam negara juga masih tinggi disebabkan peluang pekerjaan yang agak terhad ketika pasca pandemik.

Masalah itu menyebabkan masyarakat terpaksa berjimat cermat dalam usaha memastikan duit gaji dan simpanan cukup pada setiap bulan, terutamanya mereka mempunyai tanggungan isu rumah yang besar.

Minggu ini, Kosmo! ingin berkongsi beberapa tip yang boleh dipraktikan oleh mereka yang ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan harian ketika inflasi.

1. Hadkan kunjungan ke pasar

Anda disaran mengelak daripada berkunjung ke pasar atau pasar raya terlalu kerap.

Tidak perlu ke pasar untuk membeli setiap barang kecil. Ini kerana, lebih kerap anda ke pasar, lebih banyak wang akan dihabiskan.

Sebaiknya, tunggu sehingga anda memerlukan sekurang-kurangnya lima barang, baru ke pasar. Sentiasa ingat, beli barang keperluan sahaja dan bukannya mengikut keinginan.

2.Masak di rumah

Walaupun sesibuk mana sekalipun, luangkan sedikit masa untuk memasak di rumah. Masak makanan yang mudah seperti ayam kicap atau sambal telur sudah memadai.

Anda perlu sedar bahawa harga makanan di luar atau membeli bungkus dari kedai sangat mahal, sekali gus boleh mengurangkan wang simpanan anda.


SEBAIKNYA bayar secara tunai dan elakkan penggunaan kad kredit bagi mengelak dibebani hutang.

3. Elak guna kad kredit

Kad kredit sangat membantu ketika keadaan terdesak, tetapi jangan terlalu bergantung kepadanya.

Sembunyikan atau simpan di tempat lain bagi mengelakkan anda menggunakannya dengan kerap.

Ingatlah, kad kredit adalah pembelian secara hutang yang dikenakan kadar bunga tertentu. Anda terpaksa membayarnya menggunakan duit gaji pada bulan-bulan berikutnya.

Sebaiknya, mengutamakan amalan pembelian secara tunai bagi memudahkan anda berjimat.

4. Belian online

Kurangkan melayari laman web jualan secara online.

Ini dapat mengurangkan risiko anda terpengaruh dengan produk atau diskaun ditawarkan dalam laman tersebut.

Langkah terbaik adalah tangguhkan pembelian selagi boleh, lama-kelamaan anda pasti tidak berminat lagi membeli barangan tersebut.

Hal ini kerana, kebanyakan barang yang dijual secara online adalah berbentuk kehendak, bukannya keperluan.


CUBALAH memasak sendiri makanan di rumah bagi menjimatkan kos memandangkan harga menu di kedai atau restoran semakin mahal ketika ini.

5. Senarai perbelanjaan

Sebaik mendapat gaji, anda perlu membuat bajet perbelanjaan sebaik mungkin.

Ingat, anda hanya boleh menggunakan 90 peratus sahaja daripada gaji tersebut, selebihnya untuk tabungan masa ketika kecemasan.

Sewaktu membuat senarai perbelanjaan, utamakan pembayaran hutang seperti rumah dan kereta terlebih dahulu, diikuti barangan keperluan.

Jika ada lebihan wang, barulah fikir untuk membeli barang kehendak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI