fbpx
TANG JIE dan Yen Wei akan menjadi sandaran Malaysia untuk menghadirkan pingat emas buat kontinjen negara pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.

Beregu campuran sandaran emas pada Sukan SEA di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN membariskan pemain junior serta pelapis pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam 12 hingga 23 Mei depan, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya mereka mampu untuk menghasilkan pingat.

Badan induk sukan badminton negara terpaksa mengambil langkah itu kerana pemain-pemain utama akan menggalas misi lebih penting pada saingan Piala Thomas dan Uber di Bangkok pada Mei nanti.

Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky menamakan dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See sebagai sandaran untuk menghadirkan pingat emas buat kontinjen negara.

Beliau juga percaya beregu lelaki muda, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut memiliki peluang cerah untuk memenangi pingat buat Malaysia berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan.

“Pada Sukan SEA nanti, Datuk Kenny sudah beritahu akan hantar barisan pemain campuran junior dan pelapis. Sasaran pi­ngat itu tetap ada menerusi dua beregu campuran iaitu Tang Jie-Yen Wei dan Pang Ron-Yee See.

“Selain itu, kita turut memiliki Wei Chong-Kai Wun yang turut berpeluang memenangi pingat. Begitu juga dengan beberapa beregu wanita serta dalam acara berpasukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh serta Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Wong Choong Hann.

Kenny menjelaskan, 10 pemain lelaki serta 10 pemain wa­nita akan menggalas cabaran negara menerusi sukan badminton dalam usaha untuk menyamai pencapaian tiga pingat emas yang diraih pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

“Memang kami berharap dapatkan pingat kerana kami diberi peringatan oleh jawatankuasa bahawa badminton menyumbang tiga pingat emas pada edisi terdahulu. Saya percaya pemain-pemain dihantar nanti akan berikan yang terbaik,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia me­rangkul tiga pingat emas pada edisi 2019 menerusi perseora­ngan lelaki, Lee Zii Jia, S. Kisona (perseorangan wanita) serta Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN