fbpx

FIA anggap keputusan adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED menganggap keputusan membenarkan pelumba dari Rusia dan Belarus terus bertanding adalah adil walaupun mereka dikenakan beberapa syarat. – AFP

LONDON – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) membuat keputusan membenarkan semua pelumba Rusia dan Belarus untuk mengambil bahagian dalam semua perlumbaan, namun bertanding tanpa memakai bendera, logo mahupun lagu kebangsaan dimainkan.

FIA sebelum ini mengadakan mesyuarat luar biasa terutama mengenai serangan Rusia terhadap Ukraine hingga menyebabkan Grand Prix (GP) Rusia terpaksa dibatalkan terutama melibatkan isu keselamatan semua pihak.

Keputusan dilakukan FIA adalah ekoran gesaan Jawatankuasa Olim­pik Antarabangsa (IOC) sebelum ini mendesak agar atlet Rusia dan Belarus harus dikecualikan daripada acara sukan untuk melindungi integriti pertandi­ngan sukan global.

“FIA sedang menilai perkembangan di Ukraine dan sedih serta terkejut dengan apa yang berlaku ketika ini. FIA berharap penyelesaian yang cepat dan aman dapat dilakukan.

“Kami mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Saya ingin menegaskan bahawa FIA, bersama-sama dengan promoter kami, bertindak secara proaktif mengenai perkara ini dan melihat dalam kontaks lebih luas.

“Kami melakukan perbinca­ngan sewajarnya mengenai perlumbaan Formula 1, Formula 2, WTCR dan Piala Drifting Antarabangsa. Kami akan membentangkan kepada mesyuarat di Bahrain untuk keputusan selanjutnya,” kata Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem semalam

Dalam mesyuarat tersebut, atlet Rusia dibenarkan mengambil bahagian dalam acara antarabangsa dan beraksi atas kapasiti neutral di bawah ‘bendera FIA’.

Tiada simbol, warna atau bendera kebangsaan Rusia atau Belarus boleh dipaparkan pada sut perlumbaan, peralatan atau jentera. Selain itu, lagu kebangsaan tidak dibenarkan untuk dimainkan.

Keputusan itu sekali gus membenarkan pemandu Rusia, Nikita Mazepin untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 musim ini bersama pasukan Haas di Grand Prix (GP) Bahrain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI