fbpx

‘Budaya balik kerja lewat, tapi tiada gaji tambahan perlu dihapuskan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ketidakselesaan di tempat kerja dan amalan budaya yang ‘toksik’ sering menjadi punca terganggunya emosi para pekerja sehingga mengundang kepada masalah mental dan kesihatan mereka.

Menerusi ciapan seorang pengguna, Ikhwan di Twitter, dia telah membuka sebuah topik mengenai budaya di tempat kerja yang patut ditukar.

Tujuannya ingin melihat maklum balas pengguna lain mengenai isu utama yang sering menjadi bebanan kepada golongan pekerja.

“Budaya di pejabat yang kau rasa patut ditukar, tidak kira kerja dalam sektor kerajaan atau swasta,” ciapnya.

Menjengah keruangan komen, orang ramai turut berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing seolah-olah ia merupakan pengalaman yang pernah dilalui mereka sebelum ini.

Antara jawapan yang popular diberikan dalam kalangan pengguna lain adalah budaya yang mementingkan pekerja balik lewat dan membuat kerja tambahan di luar waktu operasi syarikat.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dibayar gaji tambahan walaupun perlu kekal berada di pejabat sehingga lewat malam atau terpaksa menyiapkan urusan kerja di rumah sekali gus mengganggu waktu privasi bersama keluarga.

Tangkap layar ciapan seorang pengguna yang membuka sebuah topik mengenai budaya di tempat kerja yang patut ditukar telah menerima lebih 5,000 reaksi daripada orang ramai

“Bila balik kerja ikut waktu operasi, kena kecam, ramai yang perhati dan buat muka tidak puas hati.

“Syarikat bayar untuk kerja sampai waktu dalam perjanjian sahaja, bila buat kerja lebih masa tak dibayar. Saya tak suka bekerja untuk percuma, kalau ada pekerja lain nak balik lewat terpulang, jangan nak kecam orang lain,” luah Nina.

“Tak perlu tunggu majikan balik baru pekerja boleh balik, kalau dia balik pukul 6.30 petang, kita pun kena tunggu sedangkan waktu kerja sehingga pukul 5 petang sahaja. Dia tu gaji dah beribu-ribu, pada la kerja dia lebih, kita ini buat ikut skop kerja sudah, jangan nak tahan pekerja tambah bebanan kerja sedangkan kedekut bayar gaji,” ciap Pasha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI