fbpx

Agensi Tenaga Antarabangsa setuju lepaskan 60 juta tong minyak dari rizab global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan 30 negara lain telah bersetuju untuk melepaskan 60 juta tong minyak daripada rizab strategik untuk menstabilkan pasaran tenaga global, lapor akhbar The Guardian, kelmarin.

Keputusan itu diumumkan oleh Jabatan Tenaga AS apabila harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun akibat perang Rusia-Ukraine.

Bagaimanapun, langkah itu dilihat gagal meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan daripada krisis Ukraine dan sekatan terhadap Rusia. 

Harga minyak melonjak selepas pengumuman tersebut dengan minyak mentah AS mencecah paras tertinggi sejak Jun 2014 apabila Rusia menawan ibu negara Ukraine.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah, Brent meningkat 9.5 peratus untuk didagangkan pada AS$107 (RM448), harga tertinggi sejak Julai 2014.

Lonjakan harga menandakan kembalinya harga minyak menembusi paras AS$100 (RM419) sejak Khamis lalu apabila Rusia menyerang Ukraine.

Sempitan tenaga dalam keadaan pasaran yang sudah tegang menyebabkan beberapa penganalisis bimbang minyak boleh mencapai AS$150 (RM628) dalam beberapa bulan akan datang.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu pengeluar minyaknya, termasuk Rusia, akan bertemu minggu ini untuk membincangkan pengeluaran bagi April.

Namun begitu, keputusan yang diselaraskan dalam sejarah Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk mengeluarkan 60 juta tong minyak daripada rizab global tidak memberi kesan segera kepada harga minyak.

Menurut agensi itu, pelepasan tong 60m menyumbang 4 peratus daripada simpanan kecemasan ahli sebanyak 1.5 bilion tong.

Jumlah itu bersamaan dengan kira-kira enam hari pengeluaran Rusia dan kira-kira 12 hari eksport Rusia.

“60 juta tong tidaklah begitu banyak. Itulah kesimpulan sebenarnya,” Pengarah Bahagian Niaga Hadapan di Mizuho Securities USA,Bob Yawger. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI