fbpx

Mangsa banjir di Rantau Panjang dapat rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS SK Gelang Mas, Pasir Mas hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Kerajaan akan membina semula rumah mangsa yang musnah akibat banjir yang melanda kawasan Rantau Panjang sejak minggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek pembinaan tersebut selepas ini.

Menurutnya, sehubungan dengan itu, mangsa yang terlibat perlu membuat laporan segera mengenai kejadian yang menimpa mereka kepada Pejabat Daerah atau pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kerajaan juga akan menyelesaikan segera Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Bantuan-bantuan seperti yang diumumkan sebelum ini seperti baucer pembelian barangan untuk membaiki rumah, baucar barangan elektrik, membaiki kenderaan dan banyak masih lagi dikekalkan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI