fbpx

Malaysia sokong PBB kutuk Rusia ceroboh Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED MOHAMAD HASRIN AIDID ketika berucap pada sesi ke-11 UNGA di ibu pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat semalam. – Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka menyokong draf resolusi yang mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) esok.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid Tengku Hussin memberi bayangan itu ketika berucap pada sesi khas ke-11 semalam.

Beliau turut mengambil contoh insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh puak pemisah Rusia di Ukraine yang bergolak dan membunuh kesemua 298 mangsa pada 2014.

“Sehubungan itu, Malaysia akan mengundi untuk sokong draf resolusi berkenaan pada sesi persidangan kali ini,” jelas beliau sebelum menamatkan ucapan selama empat minit tersebut.

Sejumlah 193 negara dijangka mengundi resolusi tidak terikat tersebut yang ditaja hampir 80 negara setelah tamat ucapan lebih 100 wakil negara anggota PBB di New York lewat hari ini.

Jumaat lalu, Rusia berjaya menggagalkan resolusi yang mengutuk negara berkenaan apabila seperti diduga telah menggunakan undi veto bagi menolak usul di Majlis Keselamatan PBB.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI