fbpx

3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran memusnahkan dua jenis buah rumah struktur tidak kekal melibatkan tiga sekeluarga rentung di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris malam tadi

PETALING JAYA – Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.14 malam tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman setingkat melibatkan tiga orang mangsa.

“Sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) diketuai Pegawai Bomba Kanan Yusuf Tar dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.12 malam.

“Kebakaran melibatkan dua buah jenis rumah struktur tidak kekal.

“Pasukan bomba menemui mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dalam rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat tiga mangsa yang rentung ditemui dalam rumah tersebut ialah Rashidah Suut, 81, Taip Bus, 55, dan Sima Abdullah, 18, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menemui mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dalam rumah itu.

“Berdasarkan maklumat awal, pihak kami mendapati terdapat mangsa yang terperangkap dan ketika proses overhaul dilakukan, pasukan telah menemui tiga mayat yang rentung,” jelasnya.

Ling Hii berkata, punca kejadian masih dalam siasatan serta mengenal pasti anggaran jumlah kerugian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI