fbpx

152 kes kategori 3,4 dan 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 152 kes atau 0.59 peratus daripada 25,854 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 25,702 kes pula atau 99.41 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua, dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,468,590 kes.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,877 kes (34.33 peratus), kategori dua sebanyak 16,825 kes (65.08 peratus), kategori tiga sebanyak 87 kes (0.34 peratus), kategori empat sebanyak 37 kes (0.14 peratus) dan kategori lima 28 kes (0.11 peratus).

“Daripada 152 kes kategori tiga, empat dan lima, 25 kes (16.45 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 89 kes (58.55 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 38 kes (25.00 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 65 kes (42.76 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 51 kes (33.55 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (0.66 peratus) adalah ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 25,548 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,142,112 kes serta 374 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 213 kes memerlukan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI